Tuesday, September 4, 2012

[ Cerita Tentang A - PART II ]

::



Sok Sek Sok Sek Mak Bedah pun bermula tentang sebab musabab kematian A, sebaik tibanya ahli Forensik PDRM dan wakil fotografernya yang tak putus-putus mengambil gambar rumah aku daripada pelabagai sudut. Bukan pula untuk dimuatkan dalam Majalah Impiana mahupun Majalah Deco, sebaliknya adalah sebagai bahan bukti bahawasanya tiada wujud unsur jenayah terhadap kematian A.


Aku bersama J selang-seli dipanggil masuk ke rumah bagi merekod keterangan. Ketika itulah pelbgai andaian dan spekulasi orang ramai dibuat berhubung kematian A. Yang paling meninggalkan kesan adalah khabar berita berhubung kesan seperti tangan kanan A yang didakwa dibalut dengan saletip dibahagian atas lengannya. Berulang-ulang kali perkara itu dibangkitkan orang ramai dan cerita itu kemudian mula disebarkan daripada seorang ke seorang.

Dakwa mereka A cuba menghisap DADAH! Membalut lengan tangan dengan saletip, kemudian ada cubaan menyuntik dadah ke lengannya. Akibat tidak expert katanya, dia mengalami serangan jantung mahupun kegagalan sistem pernafasan, menyebabkan dia meninggal..!
Hebatkan?
Lebih hebat daripada doktor di Hospital, 
Lebih hebat daripada pasukan penyiasat dan Ahli Forensik.

Aku pada awalnya sangat takut untuk melihat sendiri jenazah arwah A, namun aku memberanikan diri melihat sendiri keadaan A. Lama jugak aku berdiri di hadapan pintu bilik A sedangkan awal tadi aku takut benar nak melihat. Aku kemudian memerhatikan setiap sudut dan inci tubuh A. Dia terbaring menelentang dengab bertshirt putih kepunyaan J, dan berkain pelikat coklat. Aku yakin itu pakaian tidur A. Tapi aku tidak pula berpeluang melihat wajah A, kerana aku perlu bergerak lebih ke dalam untuk melihatnya..sebaliknya aku hanya rela berdiri di depan pintu.

Tujuan aku melihat dengan mata kepala aku adalah kerana ia berlaku dalam rumah aku, dan A sahabat aku, dan yang pasti untuk aku melihat sendiri keadaannya seperti yang digambarkan orang ramai. Memang tangan kanannya berwarna hitam berbanding tangan kirinya. Tapi pandangan aku ia kerana tangan kanan A lebih terdedah kepada cahaya matahari berbanding tangan kirinya. Itu sahaja.

Dan setelah hampir 5 jam kes itu berjalan, akhirnya A berjaya dikeluarkan dan di bawa ke Hospital Sungai Buloh untuk ujian bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian A. Keputusan bedah siasat ketika itu dijangka akan diketahui jam 12 malam.

Dipendekkan cerita, keesokkan harinya 1 September, aku menghubungi ibu tiri A bagi mengetahui sendiri keputusan bedah siasat. Ternyata tangisan ibu tirinya yang terlebih dahulu aku dengar. Di sebalik tangisannya, sayup-sayup aku dengar suara orang bertahlil mengalunkan ayat suci al-Quran. 

Menurut ibu tirinya, keputusan bedah siasat hanya akan diketahui 1 hingga 2 bulan lagi, tetapi katanya A meninggal kerana mengalami serangan jantung lalu meninggal.. Pelik juga, keputusan belum diketahui, tapi meninggal akibat serangan jantung. Mungkin bagi aku, ibunya cuba untuk tidak panjangkan cerita. Cukup hanya mahu orang tahu A meninggal sebab serangan jantung.

Memang aku seakan meragui jawapan yang diberi ibunya. Intonasi dan cara jawapan diberinya sahaja sudah agak kabur. Kalau lah keputusan diketahui lagi 2 bulan, dari mana pula isu serangan jantung itu timbul? Mmm dek kerana tidak mahu serabutkan kepala, aku membiarkan jawapan itu dengan seribu tanda tanya...Yang pasti jenazah A menurut ibu tirinya selamat dikebumikan sebelum Subuh 1 September. 

Tidak habis di situ rupanya, ada spekulasi lain pulak timbul berhubung kematian A. Ini kira yang paling dasyat aku dengar dan menyeramkan aku. Katanya, di sebalik kematian A, wujud orang ketiga yang berada disamping A di dalam bilik A sebelum A meninggal. Dakwanya A mempunyai ramai kawan dari kalangan 'doktor'. Dan kali ini A ingin mencuba sesuatu yang baru dari 'doktor' lain. 

Tangan disaletip, suntikan di buat, dan tiba-tiba A menunjukkan tindak balas agresif dan meninggal dunia. Panik dan bimbang dengan keadaan A, orang ketiga ini kemudianya mengambil kunci bilik dan rumah A bersama perlatan 'doktor'nya, lalu bergegas keluar dan mengunci rumah aku semula seperti biasa bagi mengelak sebarang syak. Dakwaan ini dibuat berdasarkan faktor kunci rumah A dan kunci kereta A tidak dijumpai, juga forensik dan pasukan penyiasat tidak menjumpai sebarang alat suntikan mahupun seletip yang digunakan A.

Sangat menyeramkan dan seperti ada benarnya!
Ini bermakna orang ketiga itu mempunyai akses ke rumah aku semula nanti jika ada bahan bukti yang tertinggal. Dia juga boleh mencuri kereta A yang di parkir di bawah. Tapi dakwaan itu diakhiri dengan orang ketiga mencampakkan kunci-kunci A di tempat lain.

Semua dakwaan dan cakap-cakap mak jemah ni bermula hanya kerana A mempunyai sejarah lampau. A katanya pernah menggunakan 'ICE' ! 
Tak adil!
Dia dah berubah!

Malas diselebungi dengan pelbagai soalan, akhirnya aku membuat satu tindakan bijak yang patut dari awal lagi aku buat iaitu menghubungi sendiri pegawai polis yang terlibat bagi mengetahui keputusan bedah siasat kematian A.

Semuanya akhirnya terjawab dan ikhlas aku agak lega mendengarnya.

Menurut Sarjan Mani, keputusan bedah siasat menunjukkan dia tidak mengalami serangan jantung! - menolak dakwaan Ibunya.

Tidak ada cubaan menyuntik dadah ke atas diri sendiri dan TIADA saletip di lengan kanan A!

Sebaliknya, menurut Sarjan Mani itu adalah kesan regangan kulit disebabkan mayat sudah mula mengembung, menyebabkan kulit yang tengang dilihat seperti saletip - menolak semua dakwaan yang menyeramkan tadi.

Dan yang benarnya, keputusan memang hanya akan diketahui dua bulan lagi kerana pihak hospital tidak berjaya mendapat keputusan sebab kematian. Setakat ini, hanya sampel darah A di ambil untuk di uji. Ujian cuba membuktikan samaada ada bahan lain yang menyebabkan kematian A. 

Difahamkan A mengambil pelbagai jenis ubat sebelum ini seperti ubat migrain, ubat tidur, vitamin dan sebagainya. Kemungkinan ada ubat-ubat yang ambil tidak bersesuaian dengan badannya. Ada juga kemungkinan ubat yang diambil telah tamat tempoh dan dalam keadaan terdedah akibat tidak disimpan dengan baik. 

Dan yang pasti, aku terjumpa semua kunci rumah dan kunci kereta A di dalam biliknya pada 02 September, ketika aku dan J membersihkan bilik berkenaan. Maka jawapan kepada spekulasi adalah juga tidak benar..Kunci pendua kereta A juga ada di dalam almari biliknya. Tak mungkin orang ketiga dimaksudkan sblm ini masuk dan meletakkan kembali kunci berkenaan, kerana sejak kejadian aku telah menukar kunci rumah aku yang tiada pendua.

Mmmm pada 2 September, aku dapat tahu daripada J yang pada 29 Ogos, A ada menghubungi Mak Ngah dan Mak Lang nya sekitar tengah hari tarikh berkenaan dan mengadu tidak sihat. Jadi aku berpendapat, A meninggal dunia dalam tidur selepas panggilan telefon berkenaan kerana telefon dan dompetnya diletakkan bersebelahan tilamnya.

Yang penting, ahli keluarganya tidak rasa ingin tahu langsung punca kematian A. Yang meninggal biarkan meninggal. Sebaliknya mereka lebih kepada terpanggil mendoakan A agar ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. Itu lebih penting...Insyaallah.


p/s:: no words 




No comments:

Post a Comment

[ PROTON X50 OGOS 2020? : Jual pada Januari 2020 please.. ]

:: Ok kita str8 to the point jah. Aku terpanggil untuk menulis semula blog bagi entri berkisar pada bakal SUV terbaru keluaran ...