Monday, July 30, 2012

[ Sabarlah duhai hati.. :( ]


::


"  Sabarlah duhai hati.. :(   "


kata kata itu sahaja sudah buat aku bergenang air mata, 

ketika dan saat ini juga, air mata bergenang memikirkan tragedi itu,
apalah dosa mu dan apa pula salah mu..

bermula tarikh itu sehingga hari ini, 
aku sering cuba membayangkan jika  berada di tempatmu..

saat kau tersiksa menahan sesak nafas,

saat kau sangat tersekat..
saat kau mengerang kesakitan dan melawan,
saat kau merayu dilepaskan..

dan saat itu juga, pasti kau memikirkan nasib malaikat kecil mu,
maka akhirnya kau tewas kerana kudratmu tidak setanding untuk ditentang..

namun..
apalah daya kita kerana semua sudah tertulis,
telah termaktub, 
bahkan sudah tersirat,
di situ akhirnya,
tanpa terlewat walau sesaat,
tidak pula terawal dan terkecuali walau sedetik..

apapun,
aku percaya kau pergi dulu kerana Dia lebih menyayangimu,
dan aku juga yakin, terselindung seribu satu hikmah disebalik tragedi itu,
dan aku tersangatlah yakin..kau pasti digolongkan di kalangan mereka yang disayangiNya

kerana apa?

kerana apa aku begitu coretnya.
.
kerana sifat dan peribadimu secantik raut wajahmu,
kecekalanmu pula seikhlas hatimu,
malah kerana tuturmu selembut hatimu..

Ya Allah tiada lain caranya..

tidakkan lain kudratnya,
tiada lain mampunya

Selain aku hanya mampu mendoakan..
Kau tempatkan dia di kalangan yang terpilih,
Kau terangilah tempat kekalnya dengan cahayaMU,
Kau tinggikan darjatnya selaku anak, isteri dan ibu yang baik,

Buatnya aku kirimkan semanis Al-fatihah,
Agar kau tenang di Sana..
Kerana pasti aku akan ke Sana jua sepertimu..
Meskipun ada gentar apabila memikirkannya


Sabarlah duhai hati.. 


::


Dia adalah Nur Syaleza Jaafar


p/s:: orang yang ALLAH sayang, Dia akan jemput lebih awal.



[ PROTON X50 OGOS 2020? : Jual pada Januari 2020 please.. ]

:: Ok kita str8 to the point jah. Aku terpanggil untuk menulis semula blog bagi entri berkisar pada bakal SUV terbaru keluaran ...