Monday, August 12, 2019

[ PROTON X50 OGOS 2020? : Jual pada Januari 2020 please.. ]


Image result for proton x50

::

Ok kita str8 to the point jah.
Aku terpanggil untuk menulis semula blog bagi entri berkisar pada bakal SUV terbaru keluaran #proton iaitu #X50.

Cerita pasal Proton X50 ni dah lama sangat keluar kat media sosial dan blog2..daripada teaser sikit2 sampailah tahap dah keluar gambar-gamabr test drive atas jalan raya, ada yang spot dia kat Cameron Highland la, Shah Alam lah dan macam2 lagi.
Selalunya kalau dah keluar benda2 tu kiranya tak lama lagi la kan.

Tapi tup2 bulan Julai lepas keluar satu entri katanya menerima maklumat  daripada sumber terdekat dengan proton mengatakan Proton X50 akan keluar dan mula dijual pada Ogos 2020.

https://themalaysianreserve.com/2019/07/08/proton-x50s-launch-expected-by-august-2020/

Mak ai setahun lagi…!
Macam tak logik la plak lambat lagi, sangat lambat ye. 
Kalau betul sekali pun, aku rasa macam tak bestla stratergi marketing camtu…cerita pasal x50 ni dah lama sangat kluar, orang dah tak sabar2 kan. Filipina pon dah nak jual tahun ni.
SEDEH!

Lama bebenor Yong kena nunggunye ye..? Kalau ah betul…sedih aku.. please la cepatkan sikit.  Dalam masa setahun ni, aku kira macam akan keluar banyak lagi model yang mungkin lebih menarik daripada X50 dan cerita2 pasal X50 ni akan jadi basi n dah bosan nak dibaca (walaupun aku memang excited nk beli). Last2 Filipina selamba je terus jual hujung tahun ni..menyampah plak aku. Diaorang plak yang dulu daripada Proton. Potong stim betul.


Ha yang ni plak lagi satu, dalam cerita tu katanya X50 akan dipasang di Malaysia keluaran CKD!
Lagilah aku sakit ati, sbb aku prefer X50 CBU ! Waaaa elok2 orang tengah bagi repson yang baik pasal CBU X70 yang dipasang di China tetiba momentum tu akan down plk bila ada cerita2 katanya akan dibuat keluaran CBU.. Adeh.

Tapi ada gak yang excited sbb lagi akan murah! Aku? Tak excited! Mmmm kalau murah biasanya kualiti dia akan mmmmm, standard pemasangan dia pun akan lari sikit walaupun sumber tu kata Proton akan jimat RM200 juta. Sebab nak jimat, makanya kualiti akan low la...Last2 pandangan pengguna yang kembali yakin kepada Proton akan back to biasa balik, skeptikal dengan kualiti Proton.

Plus, kalau dah CKD, macam2 features yang menarik minat aku dan orang kat luar sana terhadap model X50 yang berplatformkan Binyue akan hilang. Sbb orang dah tgk kat youtube bagai macam mana rupa Binyue tu tapi bila mai Malaysia tak sama sbb CKD..konon ikut kehendak market tempatan..cukup2 alasan tu, X70 yang CBU tu la yang jadi batu loncatan org kembali pandang proton. haih potong stim la..Contoh terdekat keta keluaran jenama H. kalau kat negara jiran kemain, harga pun menarik n banyak pilihan, bila CKD, abis macam2 xde. nak tak nak hadap je la beli jugak.




Pastu rentetan artikel yang link kat atas tu habis semua citer2 kluar kat Youtube la, Blog Auto la, itu la ini ah, aku rasa semuanya hanya daripada satu sumber cerita tu je. Bila dia cakap Ogos, macam2 la blog n youtube channel pakat buat story sama berdasarkan story tu dengan angle yang berbeza gaya pencerita yang berbeza dalam merebut rating dan viewers!

Namun citer dia samaaaaaaaa je, aku yang membaca link2 daripada kawan aku yang kasi pun (sbb kawan2 aku tahu aku nak beli) jadi sakit ati membaca nye. Pusing2 info yang sama! Mau kata orang first yang buat story tu tak betul abis semua orang yang berminat nak beli keta tu dimomokkan benda yang sama. Silap2 orang tak larat nak tunggu terus g beli keta lain.
Kalau tak betul? sian kat kawan tu kan.

Yang jadi aku sakit ati sngat tu  sbb lambatttttttt sgt! Sbb aku pun dah xlarat nak tunggu, aku kalau ikutkan memang nak beli sangat2 X50 tu tau sejak cerita X50 dah dipaternkan oleh PROTON, dah confirm, dah berangan dah start simpan duitlah, plan no PLAT keta lah, warna apa lah dan macam2 lagilah. hahaha tu yang aku geram sangat tu.

Image result for proton x50

Sekarang ni biar aku pulak buat cerita baru..aku nak dedahkan daripada sumber terdekat daripada orang proton sendiri jugak hahaha. Bila aku approach DIA, aku cakap orang dah kecoh kata nak keluarkan X50 pada Ogos, dia tetiba pun hairan. Aku tak pastilah samaada dia hairan sbb tak penah baca atau dia hairan kenapa Ogos yang dipilih oleh sumber yang satu lagi tu.

Tpi menurut dia, dalam satu meeting yang dia hadiri, katanya MAC 2020. Dia cuma tak pasti sama ada MAC tu adalah X50 akan kluar di pasaran atau pada Mac booking untuk X50 dibuka. Kalau sekali pun Mac 2020, takkan la boleh dapat keta pada Ogos? Lama sangat. 

Kalau pada Mac dapat kereta, booking katanya akan dibuka pada Januari 2020, macam X70 dulu, open booking Disember 2017 kalau tak silap. Haaaa citer2 macam ni lah aku suka dengaq hahaha. (Biasalah, kita suka dengan benda yang untungkan kita ja). Ini membuatkan hati aku berbunga2 kembali, haha sementelah hari jadi aku pada Januari, sesuai sangatlah hadiahkan diri sendiri dengan kereta idaman ni kan.

Bila aku tanya balik DIA pasal CBU dan CKD X50, dia sekali lagi hairan, takkanlah X50 akan dipasang di Malaysia (CKD) sbb setahu dia X70 CKD pun masih tak lepas2 lagi. Aritu katanya gagal dalam percubaan, masih tak lepas2 lagi untuk dijual bagi keluaran CKD. Kalau X70 pun dah tak lepas.. nak tunggu X50 CKD memang lagi lama la..ntah Ogos 2021 plak. #murung

Haihhh, mengeluh panjang aku ok.
Walau apa pun cerita yang keluar pasal x50, aku ingat susah nk pastikan mana satu cerita yang betul tapi aku harap sangat cerita sumber aku tu yang betul hahahaha. Apa pun aku rasa macam nk mintak jasa baik Proton supaya keluarkan cepat sikit. 


Related image


Ataupun Proton leh buat satu hint ka atau just umumkan secara official ke unofficial ka, bila jangkaan X50 ni diaorang nak kluarkan. Umumkan jugak la ianya CKD ke CBU.. PLEASEE **muka Garfield. Aku harap sangat CBU memandangan prestasi CBU X70 memberangsangkan peningkatan jualan model-model Proton yang lain. Sampai satu tahap aku dengan tegarnya mahu memilih Proton meskipun kereta pertama aku adalah H dan aku sangat setia dengan H untuk jangka masa yang panjang.

Malah, aku berhasrat untuk membeli SUV daripada H sebelum ni bagi gantikan H aku sekarang, tapi hasrat tu terhalang dengan keluarnya cerita PROTON X50 ni…haa sampai tahap tu ok. Keta H aku pun CBU Thailand, tak ada major problem n paling superb pemasangan pintu keta dia yang sampai sekarang sangat berpuas ati. Lani aku mula macam nak berpaling tadah, semuanya sebab aku dan test drive X70 dan aku amat berpuas ati dan amat yakin X50 akan more worth it kalau diukur berdasarkan kehebatan pada X70. value for money !

Sekian. 

::

p/s : Kereta H nak bagi kat kakak

No comments:

Post a Comment

[ PROTON X50 OGOS 2020? : Jual pada Januari 2020 please.. ]

:: Ok kita str8 to the point jah. Aku terpanggil untuk menulis semula blog bagi entri berkisar pada bakal SUV terbaru keluaran ...