Thursday, September 27, 2012

[ MOMENTUM ]

:: 


Momentum untuk menulis blog sekarang dah jadi makin lemah plak. Sebab sekarang aku dah mula kena buat reporting and kerja-kerja yang sepatutnya selaku wartawan, berbanding sebelum ni. Ye la dulu datang keja tengok youtube, movie, facebook tapi sekarang dah mula menulis skrip untuk portal ABNNEWS dan mula keluar buat reporting.

Argggh boring la pulak nak kena keluar buat reporting selepas lama berehat. Katanya takut momentum menulis skrip plak yang akan hilang. So arahan keluar membuat reporting dikeluarkan oleh BOS.

Dengan fasiliti yang tak cukupnya, satff pun tak abis ambik lagi, editing yang sangat la lambat sebab benda sikit, benda nak edit banyak dan macam-macam lagi la. Mana la aku nak semangat kan. haihh..

Sebagai contoh, laporan aku sebelum ini pasal perhimpunan bantah filem pendek 'INNOCENCE of MUSLIM' kat KL Jumaat lepas..Jumaat lepas buat, hari ini baru siap sepenuhnya. Dah la rakam pakai kamera DSLR ( xnafi gambar cantik ). Jurukamera katanya first time jadi cameraman. Dengan takde ID card. Tanda MIC FLAG dan orang plak tak kenal pon ABN..aduhh xbiasa la. 

But it's ok. Permulaan semua macam tu kan. POSITIF POSITIF POSITIF

Hasilnya..tadaaaaaa... ni laporan yang aku buat..hadooo sangat!!




[ Gambar-gambar semasa pertama kali membuat liputan selepas berehat panjang ]



 [ MASJID KG BARU masa solat bawah matahari ]
 [ Ketua Pemuda UMNO- KJ in the house ]
[ ketika lantang bersuara ]



::


p/s:: aku rasa dah malas nak jadi reporter, nak keja bidang lain la plak


Thursday, September 13, 2012

[ The ABN Journey ]

::

Ni nak kongsi pasal ABN punya perjalanan. Untuk sapa-sapa yang nk tahu pasal ABN ni la.
So far ini adalah projek pertama aku n the gang.. Tapi bahagian SKRIP je la..tapi kami tulis Omputih ok..! Mampooo?

Aku tak tau kenapa diaorang tak list kan dalam YOUTUBE, tapi leh tengok dengan adanya link ini. Click link ni.. ABNxcess.


::


Monday, September 10, 2012

[ Cerita Tentang A- Final Part ]

::

Sudah-sudah kita bercerita pasal A aku rasa. A pun aku rasa, sudah tenang di SANA. Insyaallah. Cuma kali ini aku hanya mahu bercerita tentang Majlis Tahlil yang aku dan  kawan-kawan dia adakan untuk A.

Yang pasti venue majlis mesti buat kat umah aku la kan, tempat dimana hayat A berakhir. Majlis dibuat pada 5 September lalu di apartment aku di tingkat 5. Majlis diadakan kecik-kecik je. Aku jemput 5 orang sahaja orang masjid dan 5 orang sahaja kawan-kawan aku yang sama-sama bertahlil untuk A. Yang selebihnya ada datang tapi tak sempat bertahlil bersama sbb ada sorang kawan aku tu yang janji nk dtg kul 5, tapi kul 5  kali dua baru smpai kan..10pm ~ dah kenapa banyak sangat 5 ??

Nak jadi cerita, sebelum Maghrib tu, aku n kawan volleybal aku - 'M' kemas-kemas-kemas umah dan pinggan mangkuk untuk sesi makan-makan pas tahlil nanti. Angin Manghrib malam tu sangat kuat kerana cuaca macam nak hujan, tapi tak pulak hujan. Suasana pada awalnya sangat mendamaikan dan menenangkan sbb sejukkkk je...sehingga la angin mula bertiup semakin kuat..dan makin lama makin kuat.. 

Takut benda-benda dalam rumah bertembangan dan terbalik, aku tutup slidding door balkoni rumah tu...Disebebkan aku tutup sliding door tu, pintu bilik arwah plak buat hal.. Terbukak, tertutup, terbukak tertutup berulang-ulang kali dengan bunyi-bunyi biasa la kan, pintu tak bubuh minyak hihi..angin masuk ikut tingkap bilik A dan bilik depan.. iye la, pintu bilik A tu punya tombol dah rosak sbb keja polis sebelum ni kan, so kalu angin keluar masuk tu memang camtu la keadaannya. 

Seram....
Memang menyeramkan. 
M siap datang kat aku tanya pasal pintu bilik tu..
Haha- tau ko takut kan, sblm ni ckp kat aku pandai!

Pendekkan citer, ustaz,bilal dan ahli masjid sampai je, kami terus mulakan bacaan tahlil.  Time tu udara bertukar ala-ala sepoi-sepoi bahasa sahaja, kembali tenang seolah-olah memahami situasi yang berlaku...Mungkin malaikat rahmat hadir bersama-sama orang-orang baik seperti mereka..Sliding door rumah pun aku dah bukak semula bagi menyuntik mood. ~tetiba guna perkata menyuntik plak kan.

Dan semasa majlis bacaan Tahlil oleh kami semua, macam-macam perkara aku terfikir. Dan ketika dan saat aku pikir semua tu tetiba bulu roma tengkok dan tangan aku mula meremang..Penah dengar orang cakap, bila kita terpikirkan sesuatu dan pada saat itu jugak kalau bulu roma naik..tandanya BENDA yang kita pikir tu, ada di sekeliling atau berhampiran kita.. Masa tu aku rasa macam nk toleh belakang je, sbb aku duduk memang membelakangkan bilik dia. So kalau aku toleh je belah kanan, sure aku terus nampak lorong ke bilik A. Disebabkan ramai orang dah ckp jgn sesekali pandang belakang time-time macam tu, aku pun malas la kan nak pandang..Bacaan kemudian aku teruskan bersama yang lain. Dan tetiba bila sampai part Tok Imam tu sebut je nama A, bulu roma  aku meremang semula. Kali ni lebih dasyat dan lebih lama. Dan kali ini aku memang nekad untuk pandang belakang..dengan harapan nak sangat tahu petua tu betul ke tidak..Sekali entah dari mana aku dapat kekuatan untuk menoleh, aku sendiri pon tak tahu, aku dengan rela hatinya pun membuat pandangan kebelakang. Dan dengan tolehan aku tu, aku terus terpandang akan kelibat A dihujung lorong ke bilik dia, berderau darah aku, muka aku tetiba macam takde darah. Dalam sepantas kilat, A aku lihat tersenyum pada aku.. Oh My Goddddddd sesungguhnya peranggan ni aku tipu je..!!! Sumpah aku tipu...!! Fantasi aku je wei..! 

Apapun aku memang sangat mengharapkan A tersenyum dan tenang di SANA dan doa kami semua sampai kepada A..Amin Ya rabbalalamin. Terima kasih kepada Imam, Bilal dan Ahli Masjid Sri Damansara yang datang dan sahabat-sahabat A yang lain, yang sama-sama doakan kebahagiaan A di SANA. Semua berjalan dengan baik hingga ke hujungnya. Makan-makan malam tu adalah Nasi Lemak dan ayam goreng TTDI yang sangat sedap serta Pulut Kuning pemberian sahabat A.

Selepas bacaan tahlil tu, aku still masih tak berani tidur kat rumah tu sorang-sorang, walaupun ustaz dah berpesan yang rumah aku tu takde apa-apa dan jangan nak fikir sangat..katanya la..kata aku?? MEMANG TAK LA...Belum cukup kuat kot.

Cumanya pada 07 September, aku nekad dan tido jugak kat rumah aku, sbb itu rumah aku kan. Sampai bile? So aku pun beranikan diri dan tido dengan memasang hampir semua lampu ruang tamu dan bilik aku.. hihi..Dan kali ini, perenggan ni aku tak tipu. Aku memang susah nak tidur sbb pikir macam-macam. Kul 1 pagi baru aku start nak tidor..aku pun tido..tetiba aku terjaga dan terdengar ada orang berlagu-lagu kecil menyanyi-nyanyi manja..Oleh sbb aku dari tadi dok pikir pasal A, aku dgr suara yang menyanyi tu dari bilik A yang bersebelahan bilik aku..dan aku dengar suara tu suara A..! Pastu aku mula pikir yang maybe orang bawah rumah yang nyanyi bukan A. Aku jenguk kat tingkap tengok takde plk budak2 dok main gitar ke apa ke.. Aku pandang pada jam kat dindingm aku tengok jam baru kul 1:05 am. What??? aku rasa aku dah tido lama kot, rupanya baru 5 minit je aku tido..Ya Allah lambatnya nak siang..!!!! Tak boleh jadi ni. Aku terus sambung tidor dengan mulut terkumat kamit baca apa yang patut..

Tetiba dalam tido aku, aku rasa macam kena tindih! Aku xpikir lain, terus terpikir A yang tindih..OMG!! aku start baca Ayat Qursi bagai dan cuba tolak 'benda' yang tindih badan aku tu..! dalam 5-10 saat aku terjaga dari tidur dan terus mengucap panjang. Tengok jam baru  pukul 2.00 pagi??? oh lambatnya masa berlalu. aku terus capai al-Quran baca apa yang patut..Habis 1 muka je sbb tetiba ngantuk aku menjadi-jadi~ ni syaitonnnn sangat. Then aku pun letak Quran kat bantal sebelah, tidur dan terlenaaaaaa~ sampailah pagi.. Alhamdulillah.. Tak tipu ye..!

Sungguh kuat dugaan malam pertama tidur sorang diri di rumah selepas kejadian yang menimpa tu..Malam 08 September plak, satu famili aku datang berkampung kat rumah aku yg comel dan 'luas' ni..sempit kot haha. Malam tu kami ramai-ramai baca Yassin dan doa. Yang pasti aku tak bercerita pun pasal kejadian malam semalam kat diaorang..! gheee Biarlah.

09 September plk, aku kembali tidur keseorangan dan Alhamdulillah tiada kejadian kelmarin berulang. Syukur dan harap malam berikutnya pun sama sbb aku sayang rumah aku..!!



::



p/s:: Sebelum ni tidur bersama mayat, kali ni tidur bersama fantasi mayat..!


Friday, September 7, 2012

[ Letak Jawatan? ]

::




Tengok entry punya tajuk pun dah macam kontroversi sikit kan. Takkan aku nk letak jawatan lagi sekali ni, keja baru sebulan dan nak brenti? Aii cepat sangat melompat-lompat kerja ni..Sebenarnya arini memang aku ada niat nak berenti keja..!
Sebab apa plak?
Ye la sepatunya, tarikh ari ni 7 September aku akan dapat gaji pertama aku. Senang la nk aku nk bayar hutang-hutang yang tertunggak tu. Lagipun gaji kali ni memang lambat skit la sbb peralihan kerja baru tu. Tapi aku check gaji dari pagi tadi tak masuk-masuk lagi. Ini gaji pertama kot, sah-sah la excited.
Sampai opis, aku email pada HR pasal gaji. Tapi tak reply2 lagi smpai petang ni, hangin gak la. Khabar hangin nya plk kata malam kang baru dia masukkan.. Adoi malam plk, kang malam kang kata esok pagi, esok pagi kata lusa...First impression pon dah failed ni, macam mana..? nak tunggu lagi? letak jawatan jugak la aku jap lagi ni. Hihihi.
Macam Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin kita tu. Katanya dah letak jawatan. Uih.. anak emas Media Prima kot. Takkan kompeni tu biar je dia brenti? Mengikutnya, dia memang berenti berkuatkuasa hari ini.

~pinjam mic flag aku utk pose manja haha
Ramai yang berpendapat perletakan jawatan ini berpunca daripada perubahan imejnya yang sudah berhijab dan keduanya isu mengenai ulasannya dengan menyebut bandar Bintulu DAIF secara tidak sengaja yang mengundang kritikan pelbagai pihak menyebabkan dia berenti..
Sebaliknya Nurul Syuhada cakap keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat dan menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam. 
Keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya. Kata Nurul Syuhada lagi, keputusan meletak jawatan ini juga kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.
So pasni Nurul akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tapi orang macam dia ni, nak mintak keja kat TV3 balik boleh je ni. Anytime..!
Aku ni kiranya memang berkawan baik jugak la dgn Nurul Syuhada ni. Kalu jumpa kat opis tu kira ada gak ceritanya, sbb dia ni memang banyak cerita dan suka senyum dan baik orangnya, mula baik dengan dia masa assignment Pelancaran Trans Studio Bandung, di Indonesia.


~aksi bosan tunggu masa nk balik


~nurul tolong jadi kamerawomen utk Standupper aku.
~geng baru dari Trans TV indonesia- RANGGA ILHAM n DEDY



::

p/s:: Cinta ku tak tertinggal di Jakarta, tapi di GAZA..

Tuesday, September 4, 2012

[ Cerita Tentang A - PART II ]

::



Sok Sek Sok Sek Mak Bedah pun bermula tentang sebab musabab kematian A, sebaik tibanya ahli Forensik PDRM dan wakil fotografernya yang tak putus-putus mengambil gambar rumah aku daripada pelabagai sudut. Bukan pula untuk dimuatkan dalam Majalah Impiana mahupun Majalah Deco, sebaliknya adalah sebagai bahan bukti bahawasanya tiada wujud unsur jenayah terhadap kematian A.


Aku bersama J selang-seli dipanggil masuk ke rumah bagi merekod keterangan. Ketika itulah pelbgai andaian dan spekulasi orang ramai dibuat berhubung kematian A. Yang paling meninggalkan kesan adalah khabar berita berhubung kesan seperti tangan kanan A yang didakwa dibalut dengan saletip dibahagian atas lengannya. Berulang-ulang kali perkara itu dibangkitkan orang ramai dan cerita itu kemudian mula disebarkan daripada seorang ke seorang.

Dakwa mereka A cuba menghisap DADAH! Membalut lengan tangan dengan saletip, kemudian ada cubaan menyuntik dadah ke lengannya. Akibat tidak expert katanya, dia mengalami serangan jantung mahupun kegagalan sistem pernafasan, menyebabkan dia meninggal..!
Hebatkan?
Lebih hebat daripada doktor di Hospital, 
Lebih hebat daripada pasukan penyiasat dan Ahli Forensik.

Aku pada awalnya sangat takut untuk melihat sendiri jenazah arwah A, namun aku memberanikan diri melihat sendiri keadaan A. Lama jugak aku berdiri di hadapan pintu bilik A sedangkan awal tadi aku takut benar nak melihat. Aku kemudian memerhatikan setiap sudut dan inci tubuh A. Dia terbaring menelentang dengab bertshirt putih kepunyaan J, dan berkain pelikat coklat. Aku yakin itu pakaian tidur A. Tapi aku tidak pula berpeluang melihat wajah A, kerana aku perlu bergerak lebih ke dalam untuk melihatnya..sebaliknya aku hanya rela berdiri di depan pintu.

Tujuan aku melihat dengan mata kepala aku adalah kerana ia berlaku dalam rumah aku, dan A sahabat aku, dan yang pasti untuk aku melihat sendiri keadaannya seperti yang digambarkan orang ramai. Memang tangan kanannya berwarna hitam berbanding tangan kirinya. Tapi pandangan aku ia kerana tangan kanan A lebih terdedah kepada cahaya matahari berbanding tangan kirinya. Itu sahaja.

Dan setelah hampir 5 jam kes itu berjalan, akhirnya A berjaya dikeluarkan dan di bawa ke Hospital Sungai Buloh untuk ujian bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian A. Keputusan bedah siasat ketika itu dijangka akan diketahui jam 12 malam.

Dipendekkan cerita, keesokkan harinya 1 September, aku menghubungi ibu tiri A bagi mengetahui sendiri keputusan bedah siasat. Ternyata tangisan ibu tirinya yang terlebih dahulu aku dengar. Di sebalik tangisannya, sayup-sayup aku dengar suara orang bertahlil mengalunkan ayat suci al-Quran. 

Menurut ibu tirinya, keputusan bedah siasat hanya akan diketahui 1 hingga 2 bulan lagi, tetapi katanya A meninggal kerana mengalami serangan jantung lalu meninggal.. Pelik juga, keputusan belum diketahui, tapi meninggal akibat serangan jantung. Mungkin bagi aku, ibunya cuba untuk tidak panjangkan cerita. Cukup hanya mahu orang tahu A meninggal sebab serangan jantung.

Memang aku seakan meragui jawapan yang diberi ibunya. Intonasi dan cara jawapan diberinya sahaja sudah agak kabur. Kalau lah keputusan diketahui lagi 2 bulan, dari mana pula isu serangan jantung itu timbul? Mmm dek kerana tidak mahu serabutkan kepala, aku membiarkan jawapan itu dengan seribu tanda tanya...Yang pasti jenazah A menurut ibu tirinya selamat dikebumikan sebelum Subuh 1 September. 

Tidak habis di situ rupanya, ada spekulasi lain pulak timbul berhubung kematian A. Ini kira yang paling dasyat aku dengar dan menyeramkan aku. Katanya, di sebalik kematian A, wujud orang ketiga yang berada disamping A di dalam bilik A sebelum A meninggal. Dakwanya A mempunyai ramai kawan dari kalangan 'doktor'. Dan kali ini A ingin mencuba sesuatu yang baru dari 'doktor' lain. 

Tangan disaletip, suntikan di buat, dan tiba-tiba A menunjukkan tindak balas agresif dan meninggal dunia. Panik dan bimbang dengan keadaan A, orang ketiga ini kemudianya mengambil kunci bilik dan rumah A bersama perlatan 'doktor'nya, lalu bergegas keluar dan mengunci rumah aku semula seperti biasa bagi mengelak sebarang syak. Dakwaan ini dibuat berdasarkan faktor kunci rumah A dan kunci kereta A tidak dijumpai, juga forensik dan pasukan penyiasat tidak menjumpai sebarang alat suntikan mahupun seletip yang digunakan A.

Sangat menyeramkan dan seperti ada benarnya!
Ini bermakna orang ketiga itu mempunyai akses ke rumah aku semula nanti jika ada bahan bukti yang tertinggal. Dia juga boleh mencuri kereta A yang di parkir di bawah. Tapi dakwaan itu diakhiri dengan orang ketiga mencampakkan kunci-kunci A di tempat lain.

Semua dakwaan dan cakap-cakap mak jemah ni bermula hanya kerana A mempunyai sejarah lampau. A katanya pernah menggunakan 'ICE' ! 
Tak adil!
Dia dah berubah!

Malas diselebungi dengan pelbagai soalan, akhirnya aku membuat satu tindakan bijak yang patut dari awal lagi aku buat iaitu menghubungi sendiri pegawai polis yang terlibat bagi mengetahui keputusan bedah siasat kematian A.

Semuanya akhirnya terjawab dan ikhlas aku agak lega mendengarnya.

Menurut Sarjan Mani, keputusan bedah siasat menunjukkan dia tidak mengalami serangan jantung! - menolak dakwaan Ibunya.

Tidak ada cubaan menyuntik dadah ke atas diri sendiri dan TIADA saletip di lengan kanan A!

Sebaliknya, menurut Sarjan Mani itu adalah kesan regangan kulit disebabkan mayat sudah mula mengembung, menyebabkan kulit yang tengang dilihat seperti saletip - menolak semua dakwaan yang menyeramkan tadi.

Dan yang benarnya, keputusan memang hanya akan diketahui dua bulan lagi kerana pihak hospital tidak berjaya mendapat keputusan sebab kematian. Setakat ini, hanya sampel darah A di ambil untuk di uji. Ujian cuba membuktikan samaada ada bahan lain yang menyebabkan kematian A. 

Difahamkan A mengambil pelbagai jenis ubat sebelum ini seperti ubat migrain, ubat tidur, vitamin dan sebagainya. Kemungkinan ada ubat-ubat yang ambil tidak bersesuaian dengan badannya. Ada juga kemungkinan ubat yang diambil telah tamat tempoh dan dalam keadaan terdedah akibat tidak disimpan dengan baik. 

Dan yang pasti, aku terjumpa semua kunci rumah dan kunci kereta A di dalam biliknya pada 02 September, ketika aku dan J membersihkan bilik berkenaan. Maka jawapan kepada spekulasi adalah juga tidak benar..Kunci pendua kereta A juga ada di dalam almari biliknya. Tak mungkin orang ketiga dimaksudkan sblm ini masuk dan meletakkan kembali kunci berkenaan, kerana sejak kejadian aku telah menukar kunci rumah aku yang tiada pendua.

Mmmm pada 2 September, aku dapat tahu daripada J yang pada 29 Ogos, A ada menghubungi Mak Ngah dan Mak Lang nya sekitar tengah hari tarikh berkenaan dan mengadu tidak sihat. Jadi aku berpendapat, A meninggal dunia dalam tidur selepas panggilan telefon berkenaan kerana telefon dan dompetnya diletakkan bersebelahan tilamnya.

Yang penting, ahli keluarganya tidak rasa ingin tahu langsung punca kematian A. Yang meninggal biarkan meninggal. Sebaliknya mereka lebih kepada terpanggil mendoakan A agar ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. Itu lebih penting...Insyaallah.


p/s:: no words 




Monday, September 3, 2012

[ Cerita tentang A - PART I ]

::


"RUMAH KAMI, aku dah bayar deposit la..!" disusuli hilai ketawa..
"Ye la..aku tengah biasakan la ni.." Jawab aku tersenyum.

Ceritanya begini.


Setelah hampir setahun aku tidak mempunyai penghuni kepada bilik ketiga di apartment milik aku sendiri, akhirnya kawan lama aku yang juga kawan kepada rakan sekolej aku dahulu, tetiba menghubungi aku. 

Kring.. kring..

Biar aku namakannya sebagai A. 

A buat panggilan telefon kepada aku kata nak sewa rumah aku, bilik ketiga apartment aku pada Sabtu yang lalu, 25 Ogos. Dia berniat mencari kerja di KL. Dengan pantas aku setuju memandangkan aku sendiri mengalami masalah kewangan bagi menimbal semula finacial aku untuk beberapa bulan ni dan akan datang disebabkan pertukaran tempat kerja baru dan sebagainya.

Dan berlaku juga dengan pantas, A kata nak datang bawak barang masuk ke rumah aku Ahad minggu tu jugak, 26 Ogos. Aku setuju sebab A sanggup bayar sewa bilik dengan harga yang disebut aku beserta dengan deposit satu bulan.

Esoknya tepat jam 9 pagi, A tiba di perkarangan apartment rumah aku. Aku pun tolong angkat barang-barang A ke atas. Aku lihat banyak jugak barang-barang A. Macam nak tinggal lama.

Selepas selesai di situ, kami secara suprise pergi ke rumah kawan baik A yang aku namakan sebagai J. J adalah orang yang mencadangkan supaya A tinggal dengan aku memandangkan rumah J dah occupied. Kalau tak, sure A akan tinggal dengan J.

Setibanya dia rumah J yang berdekatan sahaja dengan rumah aku, J terkejut campur seronok dengan kehadiran A. Kami terus gerak ke luar untuk membeli peralatan asas untuk A seperti bantal dan tilam untuk A tidur pada malam pertamanya di KL.

Habis di situ.

Dipendekkan cerita, dia berjaya dipanggil ke satu sesi interview di tempat kerja aku pada hari Selasa 28 Ogos, setelah resume A aku submit pada 27 Ogos. ( Dan dengar cerita A telah pun diterima bekerja. HR khabarnya sedang memproses pengambilan A.)

Sebaik habis interview, dia bertemu dengan J dan menghabiskan masa bersama J sehingga 11 malam dan pulang ke rumah KAMI selepas itu kira-kira jam 11 malam 28 Ogos.~dia pernah beberapa kali betulkan ayat aku sbb aku selalu mention 'RUMAH AKU' setiap kali berbual pasal rumah.. 
"RUMAH KAMI, aku dah bayar deposit la..!" disusuli hilai ketawa..
"Ye la..aku tengah biasakan la ni..KAMI KAMI KAMI." aku senyum.

Aku secara kebetulan pulang lewat selepas tamat kerja jam 6 petang 28 Ogos. Sampai di rumah aku check bilik A berkunci, maknanya A ada di dalam bilik. Kalau A tiada di dalam bilik, bilik berkenaan akan ditinggalkan tidak berkunci, memandangkan kunci bilik berkenaan aku tak jumpa dalam simpanan aku sebelum ini. 

Malas mengganggu privasi A, aku masuk bilik aku dan tidur.
Habis juga di situ.

Seperti biasa juga 29 Ogos harinya, aku ke tempat kerja. Balik sahaja kerja, aku sempat singgah di IKEA, dan pulang sekitar jam 10 malam. Masuk sahaja ke rumah aku sudah terhidu bau busuk -aku namakan bau tidak sihat- aku terfikir bau itu datang dari sinki umah aku sbb banyak pinggan yang tak berbasuh sejak sebelum raya lagi. Seperti biasa aku singgah di hadapan bilik A dan melihat biliknya terkunci.

Malas mengganggu privasinya, aku terus masuk bilik aku, mandi dan tidur.
Habis di situ bagi hari bertarik 29 Ogos.

Keesokkan paginya 30 Ogos, buka sahaja pintu bilik aku untuk keluar ke tempat kerja, aku seakan terbau bau tidak sihat yang sama seperti semalam. Tak endah, aku terus sahaja ke pejabat. Dan tamat sahaja waktu kerja, aku terus ke aktiviti mingguan, bermain Volleyball di Tasik Tititwangsa, KL.

Selesai bermain, makan, minum dan melihat bunga api malam Merdeka, aku terus pulang ke rumah. Menjejak kaki di pintu utama apartment rumah aku. Bau tidak sihat pagi tadi semakin kuat. Hati mula mencarut-carut benda yang tak logik dan merapu-rapu tentang A.

Memandangkan biliknya masih juga terkunci, yakin dia di dalam biliknya tidur, aku terus bersihkan diri dan tidur sebab penat, lewat dan malas.
Habis 30 Ogos.

Mujur 31 Ogos, aku bercuti, aku bangun lewat sehinggakan hanya terjaga ketika Azan Solat Jumaat!! Pantas bersiap, aku segera keluar bilik dan bau tidak sihat semalam bertambah la kuat. Cuba membenarkan jangkaan malam tadi, aku segera mengecas handphone yang kehabisan bateri sejak malam semalam dan terus ke Masjid berjalan kaki.

Ketika itulah hati aku berdetik, langsung memikirkan bau tidak sihat tersebut adalah A yang telah meninggal dunia.. Astaqfirullahhalazim! Cuba juga menafikannya, namun sebaik melintasi kereta A yang dipakir kemas di bahu jalan, hati jahat aku berkata A sudah meninggal! dah meninggal!, bau tidak sihat itu adalah bau tubuh A..!

Selesai sahaja solat Jumaat, langkah aku pantas sahaja pulang ke rumah. Jejak langkah kaki pertama ke dalam rumah, aku disambut dengan bau yang sama dan ia tetiba memang menakutkan aku. Pantas sahaja handphone dicapai, aku menghubungi  J. J katanya juga tidak mendapat balasan sms daripada A sejak 2 hari lalu. 

Semakin membenarkan.

Yakin dengan hati yang jahat, aku menelefon semua rakan terdekat aku, namun tidak berjawab. Entah kenapa, aku sangat takut dengan situasi berkenaan. Aku duduk sahaja di balkoni rumah tidak berganjak seinci pun. Sesekali aku melihat lalat melintasi hadapan mata aku dan  masuk ke dalam rumah dan kemudian keluar semula beberapa saat kemudian. Sesekali lalat lain pula berbuat yang serupa. Burung layang layang yang terbang berhampiran rumah aku juga aku jadikan alasan membenarkan sangkaan aku.

Setelah gagal menghubungi semua rakan, aku menghubungi kakak aku yang berada di Puncak Alam dan dengan pantas dia berkata, akan ke rumah aku dengan kadar segera. Akhirnya sahabat aku membalas panggilan dan nekad untuk datang ke rumah aku bersama J. Dia juga telah menghubungi pihak POLIS dan menasihatkan aku supaya tidak membuka bilik A.

Sahabat aku dan J tiba lebih awal, kemudian disusuli sepasukan POLIS yang dihubungi, menjadikan kawasan rumah aku diselebungi tanda tanya jiran tertangga dan orang ramai. Pantas sahaja masa berlalu aku rasa, pintu bilik A dipecahkan POLIS...

Dan ramalan aku benar, detik hatiku juga benar, sangkaan hati jahat aku juga benar, A  kini tidak lagi bernyawa hanya susuk tubuh yang terbiar yang tertinggal. 

J terduduk menangis menerima perkhabaran tersebut.

Rakan lain terdiam dan sambil berpandangan sesama sendiri.

 " Sesungguhnya dari Dia kita datang, Kepada Dia kita kembali..."
Kesal.
Kerana aku tidak mengesannya lebih awal...

Maaf.
Aku tak sengaja. 
Sumpah aku tak sengaja.

Dan cerita yang sama juga berulang kali aku mengucapkannya tanpa jemu ketika ditanya oleh sesiapa sahaja yang bertanya pada aku ketika itu. Saat cerita ini telah tersebar di kejiranan aku, juga sahabat-sahabat A yang hadir, satu persatu dari tadi aku tetap tidak jemu bercerita, termasuk keluarga A yang memang ditentukan oleh ALLAH berada kawasan berdekatan meskipun mereka tinggal nun jauh di Utara.

Memang sukar untuk mengingati perkara yang aku lakukan sepanjang minggu lalu ketika disoal siasat Pegawai Polis ataupun anggota mata-mata, termasuk ahli Forensik. Tak kurang ada yang merakam perbualan aku secara tersebunyi..! Terkial-kial juga aku mengingati tarikh-tarikh bersama A dan apa yang berlaku ketika aku di rumah bersama A. 

Cuma rasanya berbanding sebelum itu, kali ini, aku pandai pula mengira tarikh-tarikh akhir di bulan Ogos 2012.

Pelbagai andaian demi andaian dibuat berhubung kematian A, memandangkan banyak buah fikiran dan pandangan sisi rakan-rakan A. Namun menulisnya aku cerita ni bukan berniat nak mengaibkan A, apatah lagi memburuk-burukkan A dan keluarga. Aku cuma sekadar berkongsi cerita dan pengalaman yang aku kira meninggalkan trauma dalam hidup aku.

Peliknya perkara ini memang tidak pernah dijangka berlaku dalam masa terdekat ini, tp sumpah aku pernah terfikir ia akan berlaku...!! 


::


p/s:: Pengalaman tidur bersama mayat dalam satu rumah selama dua malam berturut-turut.


[ PROTON X50 OGOS 2020? : Jual pada Januari 2020 please.. ]

:: Ok kita str8 to the point jah. Aku terpanggil untuk menulis semula blog bagi entri berkisar pada bakal SUV terbaru keluaran ...