Monday, September 3, 2012

[ Cerita tentang A - PART I ]

::


"RUMAH KAMI, aku dah bayar deposit la..!" disusuli hilai ketawa..
"Ye la..aku tengah biasakan la ni.." Jawab aku tersenyum.

Ceritanya begini.


Setelah hampir setahun aku tidak mempunyai penghuni kepada bilik ketiga di apartment milik aku sendiri, akhirnya kawan lama aku yang juga kawan kepada rakan sekolej aku dahulu, tetiba menghubungi aku. 

Kring.. kring..

Biar aku namakannya sebagai A. 

A buat panggilan telefon kepada aku kata nak sewa rumah aku, bilik ketiga apartment aku pada Sabtu yang lalu, 25 Ogos. Dia berniat mencari kerja di KL. Dengan pantas aku setuju memandangkan aku sendiri mengalami masalah kewangan bagi menimbal semula finacial aku untuk beberapa bulan ni dan akan datang disebabkan pertukaran tempat kerja baru dan sebagainya.

Dan berlaku juga dengan pantas, A kata nak datang bawak barang masuk ke rumah aku Ahad minggu tu jugak, 26 Ogos. Aku setuju sebab A sanggup bayar sewa bilik dengan harga yang disebut aku beserta dengan deposit satu bulan.

Esoknya tepat jam 9 pagi, A tiba di perkarangan apartment rumah aku. Aku pun tolong angkat barang-barang A ke atas. Aku lihat banyak jugak barang-barang A. Macam nak tinggal lama.

Selepas selesai di situ, kami secara suprise pergi ke rumah kawan baik A yang aku namakan sebagai J. J adalah orang yang mencadangkan supaya A tinggal dengan aku memandangkan rumah J dah occupied. Kalau tak, sure A akan tinggal dengan J.

Setibanya dia rumah J yang berdekatan sahaja dengan rumah aku, J terkejut campur seronok dengan kehadiran A. Kami terus gerak ke luar untuk membeli peralatan asas untuk A seperti bantal dan tilam untuk A tidur pada malam pertamanya di KL.

Habis di situ.

Dipendekkan cerita, dia berjaya dipanggil ke satu sesi interview di tempat kerja aku pada hari Selasa 28 Ogos, setelah resume A aku submit pada 27 Ogos. ( Dan dengar cerita A telah pun diterima bekerja. HR khabarnya sedang memproses pengambilan A.)

Sebaik habis interview, dia bertemu dengan J dan menghabiskan masa bersama J sehingga 11 malam dan pulang ke rumah KAMI selepas itu kira-kira jam 11 malam 28 Ogos.~dia pernah beberapa kali betulkan ayat aku sbb aku selalu mention 'RUMAH AKU' setiap kali berbual pasal rumah.. 
"RUMAH KAMI, aku dah bayar deposit la..!" disusuli hilai ketawa..
"Ye la..aku tengah biasakan la ni..KAMI KAMI KAMI." aku senyum.

Aku secara kebetulan pulang lewat selepas tamat kerja jam 6 petang 28 Ogos. Sampai di rumah aku check bilik A berkunci, maknanya A ada di dalam bilik. Kalau A tiada di dalam bilik, bilik berkenaan akan ditinggalkan tidak berkunci, memandangkan kunci bilik berkenaan aku tak jumpa dalam simpanan aku sebelum ini. 

Malas mengganggu privasi A, aku masuk bilik aku dan tidur.
Habis juga di situ.

Seperti biasa juga 29 Ogos harinya, aku ke tempat kerja. Balik sahaja kerja, aku sempat singgah di IKEA, dan pulang sekitar jam 10 malam. Masuk sahaja ke rumah aku sudah terhidu bau busuk -aku namakan bau tidak sihat- aku terfikir bau itu datang dari sinki umah aku sbb banyak pinggan yang tak berbasuh sejak sebelum raya lagi. Seperti biasa aku singgah di hadapan bilik A dan melihat biliknya terkunci.

Malas mengganggu privasinya, aku terus masuk bilik aku, mandi dan tidur.
Habis di situ bagi hari bertarik 29 Ogos.

Keesokkan paginya 30 Ogos, buka sahaja pintu bilik aku untuk keluar ke tempat kerja, aku seakan terbau bau tidak sihat yang sama seperti semalam. Tak endah, aku terus sahaja ke pejabat. Dan tamat sahaja waktu kerja, aku terus ke aktiviti mingguan, bermain Volleyball di Tasik Tititwangsa, KL.

Selesai bermain, makan, minum dan melihat bunga api malam Merdeka, aku terus pulang ke rumah. Menjejak kaki di pintu utama apartment rumah aku. Bau tidak sihat pagi tadi semakin kuat. Hati mula mencarut-carut benda yang tak logik dan merapu-rapu tentang A.

Memandangkan biliknya masih juga terkunci, yakin dia di dalam biliknya tidur, aku terus bersihkan diri dan tidur sebab penat, lewat dan malas.
Habis 30 Ogos.

Mujur 31 Ogos, aku bercuti, aku bangun lewat sehinggakan hanya terjaga ketika Azan Solat Jumaat!! Pantas bersiap, aku segera keluar bilik dan bau tidak sihat semalam bertambah la kuat. Cuba membenarkan jangkaan malam tadi, aku segera mengecas handphone yang kehabisan bateri sejak malam semalam dan terus ke Masjid berjalan kaki.

Ketika itulah hati aku berdetik, langsung memikirkan bau tidak sihat tersebut adalah A yang telah meninggal dunia.. Astaqfirullahhalazim! Cuba juga menafikannya, namun sebaik melintasi kereta A yang dipakir kemas di bahu jalan, hati jahat aku berkata A sudah meninggal! dah meninggal!, bau tidak sihat itu adalah bau tubuh A..!

Selesai sahaja solat Jumaat, langkah aku pantas sahaja pulang ke rumah. Jejak langkah kaki pertama ke dalam rumah, aku disambut dengan bau yang sama dan ia tetiba memang menakutkan aku. Pantas sahaja handphone dicapai, aku menghubungi  J. J katanya juga tidak mendapat balasan sms daripada A sejak 2 hari lalu. 

Semakin membenarkan.

Yakin dengan hati yang jahat, aku menelefon semua rakan terdekat aku, namun tidak berjawab. Entah kenapa, aku sangat takut dengan situasi berkenaan. Aku duduk sahaja di balkoni rumah tidak berganjak seinci pun. Sesekali aku melihat lalat melintasi hadapan mata aku dan  masuk ke dalam rumah dan kemudian keluar semula beberapa saat kemudian. Sesekali lalat lain pula berbuat yang serupa. Burung layang layang yang terbang berhampiran rumah aku juga aku jadikan alasan membenarkan sangkaan aku.

Setelah gagal menghubungi semua rakan, aku menghubungi kakak aku yang berada di Puncak Alam dan dengan pantas dia berkata, akan ke rumah aku dengan kadar segera. Akhirnya sahabat aku membalas panggilan dan nekad untuk datang ke rumah aku bersama J. Dia juga telah menghubungi pihak POLIS dan menasihatkan aku supaya tidak membuka bilik A.

Sahabat aku dan J tiba lebih awal, kemudian disusuli sepasukan POLIS yang dihubungi, menjadikan kawasan rumah aku diselebungi tanda tanya jiran tertangga dan orang ramai. Pantas sahaja masa berlalu aku rasa, pintu bilik A dipecahkan POLIS...

Dan ramalan aku benar, detik hatiku juga benar, sangkaan hati jahat aku juga benar, A  kini tidak lagi bernyawa hanya susuk tubuh yang terbiar yang tertinggal. 

J terduduk menangis menerima perkhabaran tersebut.

Rakan lain terdiam dan sambil berpandangan sesama sendiri.

 " Sesungguhnya dari Dia kita datang, Kepada Dia kita kembali..."
Kesal.
Kerana aku tidak mengesannya lebih awal...

Maaf.
Aku tak sengaja. 
Sumpah aku tak sengaja.

Dan cerita yang sama juga berulang kali aku mengucapkannya tanpa jemu ketika ditanya oleh sesiapa sahaja yang bertanya pada aku ketika itu. Saat cerita ini telah tersebar di kejiranan aku, juga sahabat-sahabat A yang hadir, satu persatu dari tadi aku tetap tidak jemu bercerita, termasuk keluarga A yang memang ditentukan oleh ALLAH berada kawasan berdekatan meskipun mereka tinggal nun jauh di Utara.

Memang sukar untuk mengingati perkara yang aku lakukan sepanjang minggu lalu ketika disoal siasat Pegawai Polis ataupun anggota mata-mata, termasuk ahli Forensik. Tak kurang ada yang merakam perbualan aku secara tersebunyi..! Terkial-kial juga aku mengingati tarikh-tarikh bersama A dan apa yang berlaku ketika aku di rumah bersama A. 

Cuma rasanya berbanding sebelum itu, kali ini, aku pandai pula mengira tarikh-tarikh akhir di bulan Ogos 2012.

Pelbagai andaian demi andaian dibuat berhubung kematian A, memandangkan banyak buah fikiran dan pandangan sisi rakan-rakan A. Namun menulisnya aku cerita ni bukan berniat nak mengaibkan A, apatah lagi memburuk-burukkan A dan keluarga. Aku cuma sekadar berkongsi cerita dan pengalaman yang aku kira meninggalkan trauma dalam hidup aku.

Peliknya perkara ini memang tidak pernah dijangka berlaku dalam masa terdekat ini, tp sumpah aku pernah terfikir ia akan berlaku...!! 


::


p/s:: Pengalaman tidur bersama mayat dalam satu rumah selama dua malam berturut-turut.


No comments:

Post a Comment

[ PROTON X50 OGOS 2020? : Jual pada Januari 2020 please.. ]

:: Ok kita str8 to the point jah. Aku terpanggil untuk menulis semula blog bagi entri berkisar pada bakal SUV terbaru keluaran ...