Friday, March 25, 2016

[ bakat muda bola sepak ]



[ IN PERSON ]

Haikal tanam impian bermain dalam skuad senior KEDAH

Pemain Bola Sepak di Sekolah Sukan Kedah, Mohd Haikal Hakimi yang lebih dikenali sebagai Haikal merupakan bakat muda baru milik Kedah yang bercita-cita mewakili skuad senior Bola Sepak Kedah satu hari nanti.

Haikal yang dilahirkan pada 6 April 1999 sedang bersedia mempersiapkan diri ke arah itu apabila kini menyarung jersi nombor 3 di dalam Skuad Kedah U17 (bawah 17 Tahun) selain mewakili skuad bola sepak SMK Tunku Anum, Kedah.

Anak kedua daripada tiga adik beradik ini katanya sedang mengikuti jejak langkah abangnya Adam Aidil Iskandar yang kini menyarung jersi bernombor 18, Kelab Felda United bawah 21 tahun yang bertindak selaku penyerang pasukan itu.

Haikal 17 tahun, selaku anak jati Kedah menanam rasa kecintaan semangat kenegerian akan tekad meletakkan diri di dalam skuad bola sepak Kedah satu hari nanti dan akan membawa Kedah setaraf pasukan bola sepak negeri seperti JDT (Johor Daru Takzim).

Kejohanan terdekat bakal diwakili Haikal adalah Majis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada Ogos ini yang akan diadakan di Selangor. Ketika ini Haikal sedang menyertai Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apa-apapun selamat maju jaya kepada Haikal, semoga bakat baru bola sepak kelahiran Kedah ini tidak disia-siakan. Sama-sama kita beri sokongan dan dorongan kepada bakat muda seperti Haikal dalam memartabatkan sukan bola sepak negara di peringkat dunia!


::Profil Ringkas::
nama samaran : Haikal 
Sekolah : SMK Tunku Anum, Alor Setar Kedah
Tinggi : 167 cm
Berat :57 kg
Instagram : haikalhakimi7
moto : usaha, tawakal dan Allah akan beri rezeki,                       insyallah


No comments:

Post a Comment

[ PROTON X50 OGOS 2020? : Jual pada Januari 2020 please.. ]

:: Ok kita str8 to the point jah. Aku terpanggil untuk menulis semula blog bagi entri berkisar pada bakal SUV terbaru keluaran ...