Friday, February 13, 2009

[ penyampai BERITA ]

well baru-baru ni media prima buat iklan kepada sapa2 yang berminat nk jadi penyampai berita..

mcm pucuk dicita ulam mendatang la..aku suka sangat..
dah lama gila aku nk jadi penyampai berita tv..


tak kisah la mana2 stesen tv pon.. tp kalu boleh nk TV3 or ntv7..2 tu je yg best pon

so aku baru je antar penyertaan aku semalam..arap2 berjaya dipanggil intibiu n berjaya menjadi penyampai.doa-doakan la.. memang macam giler glamor..tp bak kata AZWAN ALI yg mana bapak dia punya nama sama ngn bapak aku..hahaha ''ADA AKU KESAH"
tp play2 ada esei yang kena buat selain antar resume n pic aku

so ni esei yang aku antar..ok ke tak xtau la sbb semua orang tulis program berita sbg program kegemaran mereka.. esei aku cukup2 je seratus perkataan..

"Menjadi penyampai berita televisyen adalah impian saya semenjak dahulu. Selaras dengan impian itu, program yang menjadi pilihan saya adalah siaran berita. Faktor utama siaran itu menjadi pilihan adalah melihat kepada kredibiliti penyampaian penyampainya Masej yang disampaikan kepada penonton seharusnya sampai dan difahami menjadikan setiap penyampai dilihat berbeza antara satu sama lain. Selain itu, nada suara serta butir berita sering menjadi tumpuan utama. Kreativiti visual, grafik serta set studio juga antara faktor tarikan yang ingin dilihat. Siaran berita ini turut melambangkan personaliti penyampai terhadap pengetahuan mereka. Melihat kepekaan mereka kepada perkembangan semasa memberi inspirasi kepada saya menjejaki impian menjadi seperti mereka"


ni plak gambar close up yang aku gunakan semasa aku emailkan permohonan aku..k la tu kan..tapi tie aku tu nampak cipoo sangat..


doakan aku berjaya dan masuk tv pada waktu perdana..hahaha amin



cut..!



2 comments:

  1. wah hebat kwn2 aku skunk nanti dah glamer jgn lupe aku ek hukhuk...aku doakan ko beduet baca dengan amy hehe amin...

    ReplyDelete
  2. Kepada anak muda yang berminat menceburi bidang Pengacara TV dan Penyampai Berita TV Malaysia.

    Peluang kini dibuka kepada anda mencungkil bakat. Sila emel profil dan Foto kepada djmansor@gmail.com.

    Bengkel Penyampaian Berita Tv dan Pengacara TV bermula 16 Februari 2014, di Studio Carlton Holiday Hotel, Shah Alam.

    Maklumat lanjut, hubungi +6019-6622585 - Dj Mansor.

    ReplyDelete

[ PROTON X50 OGOS 2020? : Jual pada Januari 2020 please.. ]

:: Ok kita str8 to the point jah. Aku terpanggil untuk menulis semula blog bagi entri berkisar pada bakal SUV terbaru keluaran ...