Monday, January 21, 2013

[ hantu di UiTM Lendu ]

::

Belum pun habis Fenomena LISTEN, kluar plak macam-macam cerita Hantu kat UiTM Lendu, Melaka. Kalau kita baca memang best la kan Pasal Tasik Tun Fatimah katanya selalu time Maghrib suka bersiar-siar kat situ, so jangan lalu, nanti kena rasuk dan histeria bagai....so sapa la yang tak suka dengar cerita-cerita pengalaman budak asrama yang jumpa hantu dan sebagainya. Junior2 yang baru masuk sangat la suka dengar kan..gebang abang-abang and hakak-hakak diaorang kan.

Even aku masa dok asrama dulu-dulu pun menerima cerita turun temurun senior yang tak abis-abis cerita kat semua junior diaorang, paling tak boleh lupa, time malam minggu dok asrama, tak de dok buat apa, kengkawan baik semua apa lagi berkumpul ramai-ramai adakan sesi cerita hantu..! 

Dok ramai-ramai kat katil mana-mana yang dirasakan paling menyeramkan, tutup lampu dorm semua, then mulakan cerita hantu satu persatu..thrilled giler wei. Time tu macam2 jenis dan cerita hantu keluar, paling tak boleh blah, ada cerita hantu yang sama tapi versi lain-lain..

Dan... yang paling aku ingat sekali cerita hantu lubang jamban ! haha ada wei.
Hantu tu akan menyerang time kita berak...euwww tak sesuai..Hantu Taik
Katanya time kita berak nanti, time tu tangan akan keluar dari lubang jamban terus tarik kita masuk dalam jamban..muat ke? size2 aku pun tak muat apatah size lain-lain yg besar dari aku? apa kejadah hantu camtu kan..?
Dan menurut sumber katanya pernah terjadi, sampaikan polis cari dalam lubang tahi pun tak jumpa, misteri sungguh hantu tahi!

hahaha tp time tu akal budak2 sangat, so time berak pun, sedia dok tgk,teringat-ingat citer tu, kot2 tetiba kluar sungguh tangan hantu yang didakwa berbulu lebat tu.. tak ke naya! hihi hantu ke gorila wei?

Berbalik kepada cerita hantu UiTM Lendu tu, aku tak baca banyak versi pun, malas nak research kan, cuma versi kontroversi penulis, si Ruzanna tu je aku baca, itu pun dah delete..Kesnye si penulis ni just menulis cerita yang dia dengar dari kawan2 dia pasal hantu-hantu kat UiTM tu, since dia pun belajar kat situ. So dia muat naik (BM katanya) kat blog dia. Ada salah satu ceritanya adalah berkisar ramai student kena rasuk dan kena pukau. Then bila citer dia tu best, ramai yang tweet, copy link, and paste kat fb bagai..maka cerita tu tersebar luar la kan, dah kata dunia tanpa sempadan..sampai lah sehingga lah timbul kontroversi dan menjadi2 kat laman media baru ni..

Bila dh kluar citer macam2, student ni dikatakan kena warning dengan pengurus asrama kolej. So sebagai wartawan, aku pun kena follow up case ni..betul ke citer hantu tu? betu ke penulis dia kena sound? so akhirnya dikatakan citer2 tu tak benar dan hanya cakap2 kosong dan cerita2 kosong yang didengar dari orang lain disampaikan kepada ke orang lain..

Tak pasal-pasal nak tulis blog je, dia kena panggil dengan orang Hal Ehwal Pelajar HEP universiti dia. Kalau ikut kan sekadar blog je pon..penulis pun katanya xsangka akan menakut2 kan orang lain, termasuk mak bapak student kat situ..motip sangat!

Berikut ni link kepada laporan yang aku buat tu. 'Hantu Lendu'. Nak tahu apa Ruzanna ni cakap leh baca kat blog dia. Ruzanna.

So, sama la case cerita hantu aku zaman-zaman sekolah asrama dulu-ada cerita hantu yang sama, tp cuma ditokok tambah versi maka jadi la versi hantu yang berbeza ikut penglipur lara masing-masing. Kalau yang memang Johan Bercerita Peringkat Negeri yang bercerita, of course la cerita dia lagi best daripada Johan Bercerita Peringkat Dorm Asrama Sekolah je..haha.

Ada masa nanti, aku plak nak cerita hantu yang aku bersama-sama kawan aku dengar, time kitaorang kat asrama dulu..Dan hantu paling banyak dicerita semua berlaku kat dalam toilet.. ye la kan toilet tu kan tempat syaitan bersepah-sepah dok lepak, haruslah banyak hantu..

emm ada masa aku citer, mesti best kan.(verangan best) Yang paling best hantu yang kacau kawan aku kat bilik basuh..

seremmmmmm!

::

p/s: mak pesan sebelum tidur basuh kaki, kalau tido ramai-ramai jangan tido tengah-tengah. Hantu kata yang tepi aku langkah, yang tengah aku ambik..!




2 comments:

  1. katanya cerita ni tak betul. aku ada terjumpa satu artikel dalam penat mencari 'kebenaran' cerita ini, katanya penulis itu dia anak residen kolej salah satu asrama di situ - si ruzanna tu pun da kena tindakan tatatertib.

    my 2cents: gangguan memanglah ada di mana-mana, especially asrama2 yg terletak kat celah2 kampung pulak tu. mungkin yang kena lemah semangat, tapi bab yang kena rasuk bertukar menjadi "otomen" boleh terbang dari satu bangunan ke satu bangunan lain itu macam terlampau fuyooo. Most haunted place series kat nat geo tu pun takde penah cerita2 macam tu kat tempat2 paling haunted dilawati. only in malaysia. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tu, memang tak betul sangat, tu sbb budak yg tulis blog tu repost mintak maaf bagai. lagipon dia pun tak penah nampak..yang terbang macam ottomen tu aku tak tau plk..kalau ada visual mesti menarik tu..jadi headline kat TV9.! hihi

      Yes, semua tempat ada histeria bagai, that y org HEP kata perkara biasa, si Ruzana tak kena tindakan tatatertib, cuma dipanggil HEP. bagi nasihat katanya.!

      Delete

[ PROTON X50 OGOS 2020? : Jual pada Januari 2020 please.. ]

:: Ok kita str8 to the point jah. Aku terpanggil untuk menulis semula blog bagi entri berkisar pada bakal SUV terbaru keluaran ...